Terlibat
dengan politik PKR sebenarnya tak jauh beza dengan politik UMNO. Ini kerana PKR
adalah parti politik warisan UMNO. Saya masih kabur di mana puncanya bermula
pertembungan itu. Ketika itu Dato’ Halim dan Saudara Shukri sama-sama Naib
Ketua Cabang. Yang pasti bukan saya puncanya. Suatu hari Dato’ Halim memaklumkan
ingin memasukkan saya ke dalam teamnya sebagai calon Timbalan Ketua Cabang. Berteam
pulak!
Saya
mempunyai hubungan baik kedua-dua mereka. Tetapi saya agak tindakan Dato’ Halim
tersebut untuk pecah undi Pondok Upeh agar tidak solid memihak kepada Shukri. Ini kerana Kedai Che Meh yang terletak
di Pondok Upeh menjadi port bekas
ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM) lebih mesra dengan Shukri sebab Shukri dipilih
sebagai Naib Ketua PKR Balik Pulau adalah wakil PRM apabila PRM bergabung
dengan PKR.
Dato’ Halim bijak
berpolitik. Dia adalah bekas pimpinan Pemuda Umno Balik Pulau sebelum pemecatan
Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Saya
jadikan peluang ini untuk belajar selok-belok politik.
Team Dato’
Halim nampak lebih kemas dan tersusun. Dengan Dato’ Halim yang ketika itu
adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, saya dengan reputasi
sebagai Setiausaha Cabang dan Pengerusi JKKK Pondok Upeh iaitu antara JKKK yang
cemerlang, Saudara Leong untuk calon Naib Ketua adalah bank undi Team Dato’
Halim dan Puan Sharifah Nooriyati yang cergas dicalon untuk jawatan Ketua
Wanita menjadikan Team Dato’ Halim lebih futuristik
dan educated.
No comments:
Post a Comment